The Social Network - Movie Review by ME

Sunway Pyramid - Parking RM2.00 saja Muraaah jer

Thanks to ManggaAds for 2 free ticket.


No emotionally touch. Plot cerita keseluruhan yang agak membosankan. Too easy to understand. Bagi aku seorang programmer, mungkin faham akan plot cerita ini. Tapi macamana penonton yang bukan dari latarbelakang IT. Mungkin mereka kagum dengan kod-kod, algorithm dan sewaktu dengannya.

Memberangsankan hanyalah kisah kewujudan facebook dan cabaran yang terpaksa dihadapi oleh Zukerberg. Kekuatan pada cerita ini adalah kebijaksanaan Zukerberg itu sendiri dimana beliau dapat membuat programming dan mencuri idea adalah sesuatu yang mengejutkan para penonton. Skrip dan character individu yang kuat . Aku suka setiap baris yang di cakap oleh Zukerberg, semuanya ada makna dan memberi impak. Kebanyakkan plot filem ini straight forward. Semasa Zukerberg di dalam bilik untuk disoal oleh peguam "kawan-kawanya", beliau tidak menunjukkan emosi yang membolehkan penonton menghayati watak beliau. Walaubagaimanapun setiap plot cerita ada kesinambungan .

Aku agak tertarik dengan scene dimana pendayung sedang berlawan di di sebuah university dan saat-saat Havard hampir menang. Cantik sungguh scene itu.

Aku lebih prefer kalau jalan cerita itu tidak focus mengenai kewujudan facebook tapi cerita mengenai siapa dan karektar Mark Zukerberg itu sendiri disamping menyentuh emosi beliau. Walaupun tiada babak aksi dan romantic, tapi aku rasa filem ini masih mampu jual kerana Mark Zukerberg itu sendiri dan phenomenal facebook sekarang yang menjadi kegilaan dunia cyber masakini.

Jalan cerita tidak mencabar minda aku. Ada satu babak di mana Zukerberg cuba mengorat Erica, aku hampir tertidur. Ada satu babak selepas Bill Gates memberi speech dan ada 3 org yang menyapa Zukerberg . Salah seorang mereka tidak mengenali Bill Gates. Aku rasa itu tidak melucukan. Dan aku rasa, pengarah gagal membawa penonton menghayati filem ini.

Anyway, aku suka skrip filem ini, tapi keselurahan agak membosankan…..rate : 3/5

No comments:

Post a Comment

Requirement or Pre Ordering Form

Name:
Email Address:
Any Requirement or Ordering :
*Any requirement will be entertain and reply within 3 working days.